WASHINGTON: Kadar kanser dalam kalangan wanita di Amerika Syarikat (AS) kini menunjukkan peningkatan ketara, dengan wanita muda hampir dua kali ganda lebih berisiko berbanding lelaki muda, menurut laporan terbaharu American Cancer Society (ACS). Laporan yang diterbitkan dalam CA: A Cancer Journal for Clinicians itu mendapati peningkatan dalam kalangan wanita didorong terutamanya oleh dua jenis kanser utama iaitu kanser payudara dan tiroid yang kini merangkumi hampir separuh daripada semua diagnosis kanser…










