UNSC mengundi resolusi pasukan antarabangsa untuk Gaza

UNSC mengundi resolusi pasukan antarabangsa untuk Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dijadual mengundi pada Isnin mengenai resolusi yang digubal oleh Amerika Syarikat (AS) bagi menyokong pelan damai Gaza Presiden, Donald Trump terutamanya kerahan pasukan antarabangsa, selepas Washington memberi amaran kegagalan bertindak boleh mencetuskan pertikaian semula.

Draf tersebut, sudah disemak beberapa kali hasil rundingan berisiko tinggi mengiktiraf pelan itu, yang membolehkan gencatan senjata rapuh antara Israel dan Hamas bermula pada 10 Oktober di wilayah Palestin yang dilanda perang.

Sempadan Gaza kini hampir musnah sepenuhnya selepas dua tahun konflik, yang tercetus akibat serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

Versi terkini draf membenarkan penubuhan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) yang akan bekerjasama dengan Israel dan Mesir serta polis Palestin yang baru dilatih untuk membantu mengawal kawasan sempadan dan menyahtenterakan Sempadan Gaza.

ISF juga akan bekerja bagi penyahsenjataaan kekal kumpulan bersenjata bukan negara, melindungi orang awam dan menjamin laluan bantuan kemanusiaan selamat.

Selain itu, ia membenarkan pembentukan Lembaga Keamanan, sebuah badan pentadbiran sementara untuk Gaza yang secara teori akan dipengerusikan oleh Trump dengan mandat sehingga akhir 2027.

Berbeza daripada draf sebelumnya, versi terkini menyebut kemungkinan penubuhan negara Palestin pada masa depan.

“Setelah Pihak Berkuasa Palestin (PA) melaksanakan pembaharuan yang diminta dan proses pembinaan semula Gaza bermula, syarat mungkin akhirnya wujud untuk jalan yang kredibel menuju penentuan nasib sendiri dan kedaulatan Palestin,” menurut draf tersebut.

Undian UNSC dijadual pada pukul 5.00 petang (waktu tempata) Isnin.

Bantahan Russia
Russia yang mempunyai kuasa veto mengedarkan draf bersaing, menyatakan dokumen AS tidak cukup menyokong penubuhan negara Palestin.

Teks Moscow yang dilihat AFP meminta UNSC menyatakan komitmen tidak berbelah bagi terhadap visi penyelesaian dua negara.

Ia tidak membenarkan penubuhan Lembaga Keamanan atau pengeluaran pasukan antarabangsa buat masa ini, sebaliknya meminta Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menawarkan pilihan mengenai isu-isu tersebut.

AS memperhebatkan usaha untuk mendapatkan sokongan terhadap resolusinya, mengutuk cubaan menanam perpecahan dalam kalangan ahli Majlis.

“Sebarang penolakan terhadap resolusi ini adalah undi sama ada untuk kekuasaan berterusan Hamas atau untuk kembali ke perang dengan Israel, menghukum rantau ini dan rakyatnya kepada konflik berterusan,” tulis Duta AS ke PBB, Mike Waltz dalam The Washington Post.

AS menyatakan ia mendapat sokongan beberapa negara Arab dan majoriti Islam, menerbitkan kenyataan bersama disokong Qatar, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Indonesia, Pakistan, Jordan, dan Turkiye.

Beberapa diplomat memberitahu, walaupun terdapat kritikan Russia dan keraguan ahli negara lain, mereka menjangkakan draf AS akan diluluskan.

“Russia tahu walaupun ramai ahli Majlis akan menyokong rancangan AS, mereka berkongsi kebimbangan terhadap kandungan teks AS dan cara Washington cuba mempercepatkannya di New York,” Pemikir International Crisis Group, Richard Gowan.

Bagaimanapun, beliau meragui Moscow akan menggunakan veto terhadap resolusi yang disokong negara Arab.

“Saya rasa lebih kemungkinan China dan Russia akan menarik diri, mendaftar skeptisisme terhadap pelan itu, kemudian menonton AS berusaha melaksanakannya,” kata Gowan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN