Trump umum Arab Saudi sekutu utama bukan anggota NATO - Utusan Malaysia

Trump umum Arab Saudi sekutu utama bukan anggota NATO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden AS, Donald Trump mengumumkan Arab Saudi ditetapkan sebagai sekutu utama bukan anggota NATO, semasa sidang akhbar bersama Putera Mahkota Mohammed bin Salman di Rumah Putih.

Trump berkata, pengumuman itu menandakan kerjasama ketenteraan antara AS dan Arab Saudi akan dipertingkatkan. Beliau menyifatkan status itu sebagai perkara yang amat penting bagi Riyadh.

“Malam ini, saya dengan sukacitanya mengumumkan kita akan membawa kerjasama ketenteraan ke tahap lebih tinggi dengan secara rasmi menetapkan Arab Saudi sebagai sekutu utama bukan NATO,” kata Trump.

Beliau menambah pengumuman itu dibuat secara rasmi pada malam tersebut kerana Arab Saudi ingin mengekalkan elemen kejutan.

Setakat ini, hanya 19 negara lain di dunia yang menerima pengiktirafan sebagai sekutu utama bukan NATO, menjadikan pengumuman Trump sebagai langkah diplomatik penting dalam hubungan kedua-dua negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN