WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menghubungi Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi minggu ini dan menasihatinya tidak mencetuskan provokasi terhadap Beijing berhubung isu kedaulatan Taiwan, lapor Wall Street Journal. Panggilan itu dibuat selepas Presiden China, Xi Jinping menghubungi Trump untuk menegaskan tuntutan sejarah Beijing terhadap pulau berautonomi tersebut, selain menekankan tanggungjawab bersama AS–China dalam mengurus kestabilan dan tertib dunia. Takaichi sebelum ini mencetuskan ketegangan diplomatik apabila menyatakan serangan China…










