KYIV: Pelbagai reaksi bercampur baur yang diberikan oleh tentera Ukraine termasuk penentangan, kemarahan dan rasa pasrah ketika menyambut draf cadangan damai Amerika Syarikat (AS). BBC menemu bual enam anggota tentera yang berkongsi pandangan mereka melalui media sosial dan emel susulan kebocoran kandungan awal pelan damai AS minggu lalu. Sejak itu, rundingan antara perunding Ukraine dan AS diteruskan bagi meminda serta memperhalusi rangka kerja damai tersebut. Seorang tentera di timur Ukraine,…










