Tentera Jerman tubuh pasukan khas tangani ancaman dron

Tentera Jerman tubuh pasukan khas tangani ancaman dron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Tentera Jerman menubuhkan pasukan tindak balas pantas bagi menangani ancaman dron yang semakin serius di negara.

Kumpulan pakar pertama dilaporkan dihantar ke Belgium bagi membantu negara itu menguruskan peningkatan aktiviti dron.

Ketua Komando Operasi Bersama Jerman, Leftenan Jeneral Alexander Sollfrank berkata, unit khas anti dron itu kini dalam proses penubuhan bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara terhadap ancaman udara moden.

“Unit anti dron ini sedang dibentuk ketika ini,” katanya kepada Reuters.

Kementerian Pertahanan Jerman dalam kenyataan Khamis memaklumkan penghantaran pakar pemintas dron ke Belgium dibuat atas permintaan rasmi kerajaan negara itu, susulan peningkatan insiden pengesanan dron berhampiran kem tentera dan lapangan terbang awam.

“Kumpulan awal terdiri daripada anggota tentera udara tiba di Belgium bagi menilai keadaan dan menyelaras misi sementara yang melibatkan pengesanan serta keupayaan memintas dron bersama pasukan tentera Belgium.

“Kumpulan utama akan menyusul tidak lama lagi,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kebelakangan ini, kemunculan dron di ruang udara berhampiran lapangan terbang dan pangkalan tentera menjadi masalah berterusan di Belgium, selain turut menyebabkan gangguan besar di seluruh Eropah dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Insiden itu turut memaksa penutupan sementara beberapa lapangan terbang di Eropah, termasuk di Sweden pada Khamis lalu.

Beberapa pegawai mengaitkan kejadian berkenaan dengan bentuk ‘perang hibrid’ oleh Russia, namun Moscow menafikan sebarang pembabitan dalam insiden tersebut.

Lapangan Terbang Liege di Belgium kembali beroperasi selepas digantung sementara berikutan pengesanan dron pada Jumaat, iaitu insiden kedua minggu ini.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN