BEIJING: Tayangan sekurang-kurangnya dua filem Jepun akan ditangguhkan di China, menurut laporan media kerajaan ketika pertikaian diplomatik antara Beijing dan Tokyo semakin memuncak. Menurut China Film News lewat Isnin, tayangan filem import Jepun, Crayon Shin-chan the Movie: Super Hot! The Spicy Kasukabe Dancers dan Cells at Work! akan ditangguhkan. Saluran media itu diselia oleh China Film Administration yang disokong kerajaan. Kedua-dua filem animasi itu asalnya dijadualkan ditayangkan pada 6 Disember…









