SYDNEY: Taufan tropika melanda Wilayah Utara, Australia dengan tiupan angin mencecah 110 kilometer sejam (km/j) yang menumbangkan pokok, lampu isyarat serta memutuskan bekalan elektrik di beberapa kawasan termasuk ibu kota Darwin yang menjejaskan lebih 19,000 penduduk. Pihak berkuasa turut menasihati penduduk Darwin supaya menjauhi kabel elektrik yang tumbang ketika pasukan penyelamat memulakan penilaian kerosakan. Lapangan Terbang Antarabangsa Darwin turut ditutup sejak semalam sebagai langkah berjaga-jaga. Taufan Tropika Fina yang berlegar…










