Tokoh utama MAGA letak jawatan dari Kongres AS

Tokoh utama MAGA letak jawatan dari Kongres AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Marjorie Taylor Greene yang juga tokoh berpengaruh sayap kanan, mengumumkan meletak jawatan dari kerusinya, seminggu selepas Presiden, Donald Trump menarik sokongan terhadap bekas sekutu rapatnya itu.

Dalam satu video yang dimuat naik secara dalam talian, ahli Kongres Republikan berusia 51 tahun dari Georgia yang dipilih pada 2020 itu berkata, beliau sentiasa ‘dibenci’ di Washington dan tidak pernah merasa diterima di sana.

‘Saya tidak mahu penyokong dan keluarga menghadapi pilihan raya primer yang menyakitkan dan penuh kebencian terhadap saya oleh Presiden yang kita semua perjuangkan, hanya untuk bertanding dan menang pilihan raya saya sementara Republikan mungkin kalah pada pilihan raya pertengahan penggal.

“Saya akan meletak jawatan dari pejabat dengan hari terakhir saya pada 5 Januari 2026,” katanya.

Greene sebelum ini mengetuai gerakan Make America Great Again (MAGA) yang dipimpin Trump, namun Presiden AS itu mengumumkan pada 7 November beliau sudah menarik semua sokongan terhadap Green dan menyifatkannya sebagai ‘Wacky’ Marjorie’.

Keesokan paginya, Trump sekali lagi memuat naik beberapa catatan di platform Truth Social menyerang Greene sebagai seorang ‘pengkhianat’ kepada Parti Republikan.

Bekas sekutu politik utama Trump itu kemudiannya berkata, beliau menjadi sasaran gelombang ancaman.

Langkah mengejut Greene itu dilihat sebagai tanda paling jelas kepada perpecahan yang semakin ketara dalam MAGA, terutamanya selepas kemenangan besar Demokrat pada pilihan raya luar tahun ini dan pertemuan mesra Trump dengan Datuk Bandar terpilih New York yang berhaluan kiri, Zohran Mamdani pada Jumaat.

Trump dan Zohran menunjukkan senyuman, bertukar pujian dan berjanji untuk bekerjasama menangani jenayah serta kos sara hidup di bandar terbesar negara itu dalam pertemuan mesra pertama yang tidak dijangka di Rumah Putih.

Selepas berbulan-bulan kedua-duanya saling berbalas kecaman, perubahan nada Trump yang memuji Zohran sebagai seorang yang rational mencetus persoalan dalam kalangan Demokrat dan Republikan.

Gerakan MAGA turut berpecah mengenai perubahan pendirian Trump terhadap kes pesalah seksual, Jeffrey Epstein yang didakwa melibatkan beberapa golongan elit AS.

“Berdiri untuk wanita AS yang dirogol pada usia 14 tahun, diperdagangkan dan digunakan oleh lelaki kaya berkuasa tidak sepatutnya menyebabkan saya dipanggil pengkhianat dan diancam oleh Presiden AS, yang saya perjuangkan,” kata Greene.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN