BEIRUT: Seorang pegawai tertinggi ketenteraan Hezbollah, Ali Tabtabai, terbunuh dalam serangan udara Israel yang menggegarkan kawasan pinggir selatan Beirut semalam. Serangan itu berlaku meskipun gencatan senjata yang ditaja Amerika Syarikat masih berkuat kuasa sejak setahun lalu selain merupakan yang pertama menyasarkan kawasan berhampiran ibu negara Lubnan dalam beberapa bulan. Menurut kenyataan tentera Israel, Tabtabai yang juga ketua staf sementara Hezbollah, menjadi sasaran utama kerana peranannya memimpin serta memulihkan kesiapsiagaan unit-unit…










