STOCKHOLM: Usaha saintis untuk mengembalikan gajah purba atau mammoth semakin hampir selepas mereka mencatat kemajuan penting dalam penyelidikan genetik apabila berjaya mengekstrak asid Ribonukleik (RNA) daripada spesimen berusia 39,000 tahun. Penemuan itu diumumkan penyelidik dari Sweden yang mengekstrak RNA gajah purba dalam permafrost Siberia, sekali gus membuka ruang baharu untuk memahami biologi gergasi pupus tersebut. RNA merupakan molekul penting dalam semua makhluk hidup yang menukarkan arahan DNA kepada tindakan sebenar…










