Runtuhan salji di Nepal ragut tujuh nyawa

Runtuhan salji di Nepal ragut tujuh nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Runtuhan salji di sebuah kem pangkalan gunung di timur Nepal meragut tujuh nyawa, termasuk tiga rakyat Itali, menurut penganjur ekspedisi pada Selasa.

Kejadian itu menimpa kumpulan seramai 12 orang di kem pangkalan puncak Yalung Ri setinggi 5,630 meter (pada pagi Isnin dan usaha mengeluarkan mayat sedang giat dijalankan.

“Seorang pendaki Jerman dan seorang pendaki Perancis turut terkorban bersama dua warga Nepal.

“Saya sudah melihat ketujuh-tujuh mayat,” kata Sherpa, Phurba Tenjing dari penganjur ekspedisi Dreamers Destination yang tiba di lokasi kejadian pada Isnin bagi operasi menyelamat.

Syarikat Sherpa itu menganjurkan ekspedisi untuk tiga daripada tujuh mangsa tersebut.

Menurut Pegawai Kanan Polis Daerah Dolakha, Gyan Kumar Mahato, lima pendaki, termasuk dua warga Perancis dan dua warga Nepal diselamatkan pada pagi Selasa.

“Pasukan penyelamat menaiki helikopter tiba di lokasi awal pagi ini,” katanya.

Nepal, yang menempatkan lapan daripada 10 puncak tertinggi dunia termasuk Gunung Everest menerima ratusan pendaki dan pengembara setiap tahun.

Musim luruh ialah musim kedua paling popular untuk ekspedisi Himalaya, meskipun hari lebih pendek dan lebih sejuk, laluan bersalji serta tempoh pendakian ke puncak yang lebih singkat berbanding musim bunga yang sibuk.

Minggu lalu, Taufan Montha menyebabkan hujan lebat dan salji tebal di seluruh Nepal, mengakibatkan pendaki dan pelancong terkandas di laluan popular Himalaya.

Dua pendaki Itali juga dilaporkan hilang ketika mendaki sebuah puncak terpencil di barat Nepal, menurut pegawai pelancongan pada Isnin.

Menurut Pangkalan Data Himalaya, sekurang-kurangnya 1,093 orang terkorban di puncak gunung itu sejak 1950, dengan hampir satu pertiga daripadanya akibat runtuhan salji.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN