GAZA: Hamas menolak keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan resolusi digubal Amerika Syarikat (AS) bagi menyokong rancangan membawa pasukan pentadbir dari luar untuk menguruskan pembangunan Gaza. Kumpulan pejuang itu turut menyifatkan resolusi berkenaan ditentang oleh rakyat Palestin dan kumpulan pejuang yang lain. “Kami menolak usaha menugaskan pasukan antarabangsa dengan tanggungjawab dan peranan di dalam Semenanjung Gaza, termasuk melucut senjata pihak penentangan. “Keputusan ini juga seumpama melucutkan sifat berkecuali…










