NEW YORK: Proses pencarian Setiausaha Agung baharu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) secara rasmi bermula apabila negara-negara anggota diundang mengemukakan pencalonan bagi menggantikan António Guterres untuk penggal baharu pada 2027. Dalam sepucuk surat yang dihantar kepada 193 negara anggota, kepimpinan PBB menyatakan organisasi antara kerajaan berusia 80 tahun itu kini mencari calon yang mempunyai pengalaman luas dalam hubungan antarabangsa, diplomasi serta kemahiran bahasa. “Jawatan Setiausaha Agung merupakan kedudukan yang amat penting…










