TEL AVIV: Ketegangan antara kepimpinan politik dan tentera Israel semakin memuncak apabila Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, terus dituduh mengelak daripada memikul tanggungjawab berhubung kegagalan yang membawa kepada serangan Hamas pada 7 Oktober 2023. Protes mingguan yang menuntut peletakan jawatan beliau dan pembebasan tebusan kini menjadi simbol kemarahan rakyat terhadap cara kerajaan menangani krisis tersebut. Lebih 70 peratus rakyat Israel dilaporkan mahu satu suruhanjaya siasatan negara ditubuhkan untuk meneliti kegagalan sebelum…










