Minum empat cawan kopi sehari panjangkan umur?

Minum empat cawan kopi sehari panjangkan umur?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Minum sehingga empat cawan kopi sehari berpotensi menambah tempoh hayat seseorang, selain boleh merendahkan risiko penyakit jantung, demensia dan diabetes.

Kajian baharu itu mendapati minuman berkenaan juga boleh membantu individu yang berdepan masalah kesihatan mental kronik hidup lebih lama iaitu sehingga lima tahun lebih panjang berbanding mereka yang tidak minum kopi.

Pesakit yang mengalami gangguan mental teruk (SMD) seperti skizofrenia dan bipolar biasanya mempunyai jangka hayat sekitar 15 tahun lebih pendek berbanding individu tanpa gangguan tersebut, dengan SMD juga dikaitkan dengan penyakit jantung, kanser dan proses penuaan lebih cepat.

Dalam kajian pertama yang diterbitkan oleh British Medical Group, para penyelidik mendapati kopi mempunyai kesan memanjangkan telomer iaitu bahagian pelindung di hujung kromosom yang berfungsi melindungi DNA dalam kalangan pesakit SMD, sekali gus memberikan kesan setara tambahan lima tahun jangka hayat.

Bagaimanapun, manfaat itu hanya dalam kalangan individu yang mengambil tiga hingga empat cawan sehari.

Pakar percaya telomer yang cenderung lebih pendek dalam kalangan pesakit SMD dipengaruhi faktor persekitaran termasuk diet, mendorong penyelidik menilai sama ada kopi boleh mempengaruhi kadar pemendekannya dalam kalangan pesakit gangguan mental.

Dalam kajian berkenaan, penyelidik menganalisis sampel darah 436 peserta yang didiagnosis dengan skizofrenia atau gangguan afektif termasuk bipolar dan gangguan kemurungan major dengan psikosis.

Peserta berusia antara 18 hingga 65 tahun direkrut dari empat unit psikiatri sekitar Oslo antara tahun 2007 hingga 2018 dan ditemu bual mengenai tabiat pengambilan kopi mereka, iaitu sama ada tidak, satu hingga dua cawan, tiga hingga empat cawan, atau lima cawan dan ke atas. Hanya 44 peserta melaporkan mereka tidak minum kopi langsung.

Secara keseluruhan, peserta yang mengambil lima cawan atau lebih sehari didapati jauh lebih berusia dan mempunyai sejarah merokok lebih lama berbanding mereka yang tidak atau jarang minum kopi.

Pesakit skizofrenia juga dikenal pasti lebih cenderung mengambil kopi dalam jumlah lebih tinggi berbanding mereka yang mengalami gangguan mood afektif. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×