WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menuduh parti Demokrat sebagai ‘kamikaze’ yang sanggup menghancurkan negara sendiri, ketika penutupan kerajaan persekutuan memasuki hari ke-38 semalam, sekali gus menjadi yang terpanjang dalam sejarah negara itu. Penutupan kerajaan bermula sejak Kongres gagal meluluskan bajet selepas 30 September, menyebabkan agensi persekutuan lumpuh dan berjuta-juta rakyat terjejas apabila bantuan kebajikan termasuk subsidi makanan tergantung.Lebih 1.4 juta pekerja kerajaan persekutuan, daripada pengawal trafik udara hingga…










