TEHERAN: Pihak berkuasa Iran melancarkan operasi pembenihan awan untuk merangsang hujan selepas negara itu berdepan kemarau terburuk dalam beberapa dekad, menurut media rasmi. Video yang disiarkan oleh media tempatan pada Ahad menunjukkan hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan, tetapi tidak jelas sama ada ia berkait dengan operasi pembenihan awan tersebut. “Hari ini, penerbangan pembenihan awan dijalankan di lembangan Tasik Urmia buat kali pertama dalam tahun air semasa,” menurut agensi…










