YANGON: Tentera Myanmar merobohkan hampir 150 bangunan yang menempatkan pelbagai kemudahan mewah termasuk gimnasium, spa dan pusat karaoke. Menurut laporan The Global New Light of Myanmar, operasi berkenaan dijalankan di kawasan dikenali sebagai KK Park, pusat kegiatan penipuan internet yang sebelum ini didedahkan menempatkan ribuan individu terlibat dalam jenayah siber berskala besar. Tentera berkata, sebanyak 148 bangunan dikenal pasti dalam kawasan tersebut, termasuk asrama, sebuah hospital empat tingkat dan kompleks…










