GAZA: Israel memusnahkan lebih 1,500 bangunan di kawasan Gaza yang berada di bawah kawalannya sejak gencatan senjata dengan Hamas bermula pada 10 Oktober lalu. Imej satelit yang disemak oleh BBC Verify menunjukkan seluruh kejiranan yang dikawal Pasukan Pertahanan Israel (IDF) diratakan dalam tempoh kurang sebulan, dipercayai melalui proses perobohan. Menurut BBC, jumlah sebenar bangunan yang musnah mungkin lebih tinggi kerana imej satelit bagi beberapa kawasan tidak tersedia untuk penilaian. Beberapa…










