TEL AVIV: Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri dan Pertahanan Knesset pada Selasa meluluskan rang undang-undang yang membolehkan rakyat Israel membeli tanah secara langsung di wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat. Langkah itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan kumpulan hak asasi manusia, yang menyifatkannya sebagai perubahan dasar besar yang boleh membuka laluan kepada pengambilalihan de facto sebahagian besar wilayah tersebut. Mereka bimbang pemilikan tanah secara persendirian oleh peneroka akan dijadikan alat…










