LONDON: Pakar mengesahkan imej seekor anjing menyelamatkan kucing ketika banjir di selatan Thailand yang tular di media sosial dan meraih jutaan tontonan adalah kecerdasan buatan (AI). Seorang pakar memberitahu BBC Verify, tiga imej tersebut yang menunjukkan anjing menggonggong kucing dalam banjir, menghampiri bot penyelamat dan berada di atas bot berkemungkinan besar dimanipulasi menggunakan AI. Beberapa petunjuk mengesahkan perkara itu, termasuk hasil analisis BBC Verify menggunakan SynthID Detector, alat pengesan AI…










