AUCKLAND: Seorang ibu yang membunuh dua anaknya sebelum menyumbat mayat mereka ke dalam beg pakaian yang disimpan di sebuah stor dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di New Zealand, pada Rabu. Warganegara New Zealand, Hakyung Lee yang berasal dari Korea Selatan, sebelum ini didapati bersalah atas pembunuhan ngeri yang digelar media sebagai ‘pembunuhan dalam beg pakaian’. Hakim Mahkamah Tinggi, Geoffrey Venning, menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 17 tahun…










