PARIS: Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, dibebaskan dari penjara La Santé pada Isnin (10 Nov) selepas menjalani 20 hari tahanan, yang disifatkannya sebagai satu “mimpi ngeri”, berikutan keputusan mahkamah membenarkan pembebasan sementara sementara menunggu rayuan kes pembiayaan pilihan raya oleh Libya. Sarkozy, 70, yang menegaskan dirinya tidak bersalah, meninggalkan penjara itu sekitar 3 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia) menaiki kereta berkaca gelap dengan kawalan rapi polis bermotosikal. Beliau…










