DHAKA: Bangladesh mendesak India agar mengekstradisi bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina, yang dijatuhkan hukuman mati in absentia baru-baru ini atas dakwaan berhubung tindakan keras terhadap kebangkitan pelajar tahun lalu. Menteri Hal Ehwal Luar dalam pentadbiran sementara Bangladesh, Touhid Hossain, pada Ahad memaklumkan Dhaka telah menghantar surat dua hari lalu mendesak New Delhi supaya menyerahkan bekas pemimpin berusia 78 tahun itu. Hasina kini dilaporkan bersembunyi di India, sekutu rapatnya ketika beliau…










