LIMA: Sekurang-kurangnya 37 orang maut manakala 24 lagi cedera apabila sebuah bas dua tingkat terhumban ke dalam gaung selepas bertembung dengan sebuah pikap di selatan Peru, awal pagi Rabu, menurut pihak berkuasa tempatan. Tragedi ngeri itu berlaku di wilayah Arequipa, di sepanjang lebuh raya Panamericana Sur yang menghubungkan Peru dengan Chile. Ia disifatkan sebagai satu daripada nahas jalan raya paling buruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini di negara Amerika Selatan…








