Lelaki buat 95 ancaman bom palsu dipenjara

Lelaki buat 95 ancaman bom palsu dipenjara

TERTUDUH berusia 22 tahun itu didakwa di Mahkamah Daerah AS di Utara New York pada 6 Januari lalu.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama setahun di New York kerana melakukan siri ancaman bom palsu, kebanyakannya menyasarkan institusi di United Kingdom (UK).

David Hart didakwa pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) selepas siasatan bersama antara Scotland Yard dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS.

Dalam rakaman beberapa panggilan dikeluarkan polis, Hart kedengaran bertanya kepada pengendali panggilan apa yang mereka akan lakukan sekiranya dia meletakkan bom di hospital Guy’s Thomas.

Panggilan itu merujuk kepada dua lokasi berasingan di London yang diuruskan bersama yayasan amanah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Guy dan St Thomas.

Hart juga didakwa memberitahu operator di sebuah hospital utama di London mengenai ancaman bom di tandas koridor, dan menetapkan tempoh 12 saat untuk keluar daripada bangunan tersebut.

Scotland Yard memaklumkan, lelaki berusia 22 tahun itu didakwa di Mahkamah Daerah AS di Utara New York pada 6 Januari lalu.

Hart membuat 95 panggilan ke nombor di UK, dengan 66 daripadanya ke nombor di London. Walaupun tidak semua panggilan berjaya disambungkan, ramai yang menerima panggilan tersebut.

“Tempat yang menjadi sasaran termasuk tujuh hospital, enam bar, restoran dan pasar raya, dua bilik kawalan polis serta sebuah pusat maklumat dan sokongan kanser.

“Dalam panggilan itu, dia biasanya memberitahu pengendali telefon kononnya ada bom ditanam di lokasi mereka, yang meletup tidak lama lagi,” kata polis.

Dia juga didakwa membuat panggilan berulang kali dalam tempoh selang beberapa hari kepada mangsa yang sama.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN