RAMALLAH: Pasukan tentera dan penduduk peneroka Israel dilaporkan melancarkan lebih 2,350 serangan di seluruh Tebing Barat yang diduduki bulan lalu. Menurut laporan bulanan dikeluarkan Suruhanjaya Penentangan Penjajahan dan Tembok (CRRC), sebanyak 1,584 serangan dilakukan oleh tentera Israel, termasuk serangan fizikal langsung terhadap orang awam Palestin, perobohan rumah, serta penebangan dan pemusnahan pokok zaitun. Kebanyakan keganasan tertumpu di wilayah Ramallah (542 kes), Nablus (412 kes) dan Hebron (401 kes). Ketua CRRC,…










