Wanita maut dalam bilik hotel akibat amal diet buah-buahan

Wanita maut dalam bilik hotel akibat amal diet buah-buahan

KAROLINA KRZYZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Seorang bekas pelajar universiti dari Poland meninggal dunia dalam sebuah bilik hotel di Bali selepas mengalami komplikasi kesihatan
serius akibat mengamalkan diet ekstrem berasaskan buah-buahan sejak remaja.

Mangsa, Karolina Krzyzak, 27, yang pernah menuntut di Universiti Leeds, Britain hanya mempunyai berat badan 22 kilogram ketika ditemui tidak bernyawa di resort Sumberkima Hill pada Disember lalu.

Dia mula mengamalkan diet fruitarian pada usia 19 tahun, iaitu hanya memakan buahbuahan kerana terlalu obses terhadap imej badan dan gaya hidup makan sihat.

Keadaan kesihatannya semakin merosot sehingga sukar untuk berdiri atau mengiring di atas katil malah, petugas resort terpaksa membantunya ke bilik kerana tubuhnya terlalu lemah.

Walaupun disarankan mendapatkan rawatan perubatan, Karolina menolak dan hanya meminta pihak hotel menghantar bekalan buah ke biliknya serta sejak itu, dia jarang keluar kerana menghabiskan masanya duduk di dalam bilik.

Tiga hari selepas mendaftar masuk, pekerja resort menerima panggilan daripada seorang pengusaha kafe di Ubud yang bimbang kerana gagal menghubungi Karolina dan pemeriksaan lanjut mendapati dia sudah meninggal dunia.

Seorang rakan dalam komuniti fruitarian mendedahkan Karolina ketika itu menghidap osteoporosis tahap serius serta kekurangan albumin yang menyebabkan bengkak pada kaki.

Keluarganya sebelum ini pernah memaksanya pulang ke Poland untuk mendapatkan rawatan selepas menyedari penurunan berat badan
mendadak, namun Karolina kembali kepada diet sama sebaik keluar dari pusat rawatan pesakit dalam pada 2018.

Rakan-rakannya berkata Karolina terlalu dipengaruhi media sosial dan sering mendapat pujian atas penampilan kurus sehingga mengabaikan
masalah kesihatan termasuk kerosakan gigi dan kuku menguning akibat kekurangan zat makanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×