Wanita Korea Selatan belanja lebih RM800,000 untuk 400 pembedahan plastik

Wanita Korea Selatan belanja lebih RM800,000 untuk 400 pembedahan plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Seorang wanita dari Korea Selatan mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan dia membelanjakan sebanyak 300 juta won (RM891,653) bagi menjalani kira-kira 400 prosedur kosmetik sepanjang tempoh 15 tahun.

Dalam satu episod rancangan popular ‘It’s Okay to Be a Martian’ terbitan tvN STORY, wanita bernama Gil Lee-won itu berkongsi bahawa dia mula menjalani pembedahan plastik pada tahun 2010 dan sejak itu tidak pernah berpaling ke belakang.

Menurut Gil, segalanya bermula ketika dia sedang membuat persiapan untuk peperiksaan masuk universiti. Ketika itu, berat badannya meningkat dan dia sering diejek kerana penampilannya yang berisi.

Keadaan bertambah teruk apabila bekas teman lelakinya turut mengkritik wajah dan bentuk badannya, sekali gus menjejaskan keyakinan diri.

“Teman lelaki yang saya keluar bersama dari berumur 27 hingga 30 tahun sering mengkritik penampilan saya. Ia betul-betul menghancurkan harga diri saya.

“Saya mahu ubah diri sepenuhnya. Tapi saya tidak menyesal dengan keputusan untuk buat pembedahan plastik. Sekarang saya lebih yakin dengan diri sendiri,” katanya.

Antara prosedur yang pernah dijalaninya termasuklah pindahan lemak dahi, pembentukan telinga, pembedahan kelopak mata berganda, pembetulan mata, pembedahan hidung, pemendekan philtrum (antara hidung dan bibir), kontur dagu dan wajah, pembedahan lesung pipit, buang lesung pipit, pengisi bibir, pembubaran filler, filler bahu, botoks levator scapulae, filler kedutan leher, filler tulang selangka, akupuntur punggung, pembedahan semakan sedut lemak seluruh badan, suntikan sel stem intravena, dan pelbagai rawatan kulit.

“Kalau termasuk semua rawatan kosmetik dan lawatan dermatologi, jumlahnya kira-kira 400 kali rawatan keseluruhan. Ia terkumpul sedikit demi sedikit sepanjang masa,” jelas Gil.

Meskipun masih ada bahagian wajah dan tubuh yang ingin diubah, Gil berkata dia kini cuba mengikuti nasihat doktor di klinik liposuction yang menyarankannya supaya tidak terlalu tamak dan menumpukan pada penjagaan bentuk badan sedia ada.

Namun, dia mengakui masih kerap berkunjung ke klinik dermatologi dan klinik perubatan tradisional hampir setiap hari bagi memastikan kulit dan penampilannya sentiasa kelihatan segar. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN