WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggesa Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky supaya menyerahkan sebahagian wilayah kepada Russia dalam satu pertemuan tertutup yang berlangsung Jumaat lalu. Cadangan itu mencetuskan kekecewaan dalam kalangan delegasi Ukraine yang hadir, menurut tiga sumber diplomatik yang mengetahui perbincangan tersebut. Trump juga menolak permintaan Ukraine untuk mendapatkan peluru berpandu jarak jauh Tomahawk dan menyuarakan cadangan jaminan keselamatan kepada kedua-dua pihak iaitu Kyiv dan Moscow, satu cadangan…