RABAT: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh ketika tunjuk perasaan besar-besaran di Maghribi yang membantah dakwaan rasuah serta penyelewengan perbelanjaan awam, tatkala negara itu bersiap menghadapi malam keenam gelombang demonstrasi. Kementerian Dalam Negeri Maghribi memaklumkan, ketiga-tiga mangsa ditembak mati oleh pasukan keselamatan di bandar kecil Leqliaa, berhampiran Agadir, selepas didakwa cuba merampas senjata polis bagaimanapun, dakwaan itu gagal disahkan saksi di lokasi kejadian. Protes yang semakin tegang sejak minggu lalu telah mencederakan…