PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron menyifatkan perkembangan terbaharu di Gaza sebagai satu peluang penting untuk mencapai keamanan, susulan kesediaan Hamas memberi maklum balas terhadap cadangan gencatan senjata yang dikemukakan Amerika Syarikat. Menurut Macron, maklum balas tersebut menunjukkan pembebasan tahanan Israel serta pelaksanaan gencatan senjata semakin menghampiri kenyataan, sekali gus membuka lembaran baharu ke arah perdamaian jangka panjang di rantau bergolak itu. “Kini kita mempunyai peluang untuk membuat kemajuan yang menentukan…