Nombor telefon peribadi PM Australia dan anak Trump tersebar di laman web AS

Nombor telefon peribadi PM Australia dan anak Trump tersebar di laman web AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Nombor telefon peribadi beberapa tokoh terkenal termasuk Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dan Donald Trump Jr dilaporkan telah disiarkan secara terbuka di sebuah laman web berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan media tempatan Ette Media, laman web yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengumpul maklumat dari internet itu masih menyiarkan butiran peribadi kedua-dua individu berprofil tinggi itu.

Pejabat Albanese mengesahkan pihaknya sedang meneliti isu tersebut dan siasatan kini dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, jurucakap kepada Ketua Pembangkang Australia, Sussan Ley yang turut menjadi mangsa pendedahan data tersebut berkata, insiden itu amat membimbangkan dan pihaknya telah meminta maklumat peribadi berkenaan dipadamkan segera.

Laman web berkenaan mendakwa memiliki butiran hubungan ratusan juta individu profesional di seluruh dunia dan digunakan oleh pengurus sumber manusia serta wakil jualan.

BBC mengesahkan laman itu menyertakan nombor telefon semasa milik Albanese serta satu nombor peribadi anak Presiden AS, Donald Trump, namun tidak dapat dipastikan sama ada beliau masih menggunakannya.

Tidak jelas bagaimana laman web itu memperoleh data berkenaan, namun Australia sebelum ini telah mengalami beberapa insiden besar kebocoran data peribadi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam percubaan lanjut, wartawan BBC turut mendapati nombor yang dikaitkan dengan bekas Presiden AS, Barack Obama dan Bill Clinton turut disenaraikan. Namun, panggilan kepada nombor Obama tidak dijawab, manakala nombor Clinton diangkat oleh seorang lelaki yang kedengaran keliru.

Laman tersebut turut mendakwa mempunyai nombor untuk Perdana Menteri United Kingdom, Keir Starmer namun siasatan mendapati ia tidak mempunyai kaitan dengan beliau atau kakitangannya.

Menurut penerangan di laman berkenaan, platform itu menggabungkan maklumat awam daripada pelbagai sumber termasuk fail awam, laman sosial, enjin carian serta portal pekerjaan, sebelum diproses menggunakan teknologi AI.

Pengguna boleh mengakses sebahagian maklumat secara percuma atau melanggan untuk perkhidmatan berbayar.

Laman tersebut turut menyediakan borang menarik diri bagi individu yang ingin memadamkan data peribadi mereka daripada pangkalan data laman berkenaan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN