TEHERAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian mengumumkan kerajaan mempertimbangkan secara serius untuk memindahkan ibu negara dari Teheran ke wilayah selatan, susulan krisis sumber air dan ancaman penurunan tanah yang membimbangkan. Menurut beliau, Teheran kini terlalu padat dan mengalami tekanan melampau terhadap infrastruktur asas seperti bekalan air, selain terdedah kepada risiko geologi seperti tanah tenggelam sehingga 30 sentimeter setahun. Dalam lawatannya ke wilayah Hormozgan, yang terletak di pesisir Teluk Parsi bertentangan dengan…