AS isytihar konflik bersenjata dengan kartel dadah

AS isytihar konflik bersenjata dengan kartel dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengisytiharkan negara itu kini dalam konflik bersenjata dengan kartel dadah, menurut satu notis yang dihantar kepada Kongres susulan siri serangan terhadap bot penyeludup berhampiran Venezuela.

Salinan surat tersebut yang diperoleh agensi berita AFP pada Khamis, menyatakan pengisytiharan itu bertindak sebagai justifikasi undang-undang terhadap sekurang-kurangnya tiga serangan terbaharu di perairan antarabangsa yang meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa.

Pentadbiran Trump sebelum ini menghantar 10 jet pejuang F-35 ke Puerto Rico, wilayah AS di Karibia bersama lapan kapal perang dan sebuah kapal selam nuklear bagi memerangi kartel dadah.

“Presiden telah menentukan kartel ini adalah kumpulan bersenjata bukan negara, mengklasifikasikan mereka sebagai organisasi pengganas dan tindakan mereka adalah serangan bersenjata terhadap AS,” menurut kenyataan rasmi dari Pentagon.

Notis itu turut menyifatkan penyeludup dadah yang terlibat sebagai ‘kombatan haram’, satu istilah yang lazim digunakan dalam undang-undang konflik bersenjata.

Sasaran serangan terbaharu termasuk bot-bot yang didakwa membawa muatan dadah berhampiran pantai Venezuela, namun tindakan tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan pakar undang-undang antarabangsa mengenai kesahihan tindakan AS di perairan terbuka.

Jurucakap Rumah Putih, Anna Kelly berkata, presiden bertindak berdasarkan undang-undang konflik bersenjata demi melindungi keselamatan negara.

Venezuela mendakwa lima jet pejuang AS menceroboh ruang udaranya pada Khamis, terbang hanya 75 kilometer dari pantai negara itu.

Menteri Pertahanan Venezuela, Vladimir Padrino menyifatkan penerbangan tersebut sebagai satu provokasi dan ancaman kepada keselamatan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×