WASHINGTON: Jumlah pelajar dari Asia yang memasuki Amerika Syarikat (AS) pada bulan Ogos tahun ini menurun hampir 24 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut data terbaharu kerajaan AS sekali gus mencatatkan angka terendah bagi bulan tersebut sejak pandemik COVID-19. Data yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Perdagangan Antarabangsa (ITA) di bawah Jabatan Perdagangan AS itu merangkumi pelajar baharu serta pelajar sedia ada yang kembali ke negara tersebut bagi memulakan semester musim…