ROM: Itali mengumumkan akan menghentikan operasi menjejaki flotila antarabangsa yang membawa bantuan ke Gaza dengan kapal tenteranya, sekali gus mendedahkan para aktivis kepada sebarang kemungkinan serangan oleh Tentera Israel. Flotila yang dinamakan Global Sumud Flotilla (GSF) itu terdiri daripada lebih 47 bot awam dengan lebih 500 orang peserta termasuk ahli parlimen, peguam serta aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg. Konvoi tersebut bertekad untuk memecahkan sekatan Israel ke atas wilayah Palestin berkenaan.…










