Israel mesti hentikan serangan untuk pelan damai Gaza berjaya - Erdogan - Utusan Malaysia

Israel mesti hentikan serangan untuk pelan damai Gaza berjaya – Erdogan

RECEP TAYYIP ERDOGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan dalam satu perbualan telefon bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat menegaskan Turkiye menyokong usaha mencapai keamanan di rantau tersebut, tetapi menegaskan Israel mesti menghentikan serangannya agar usaha itu berjaya.

Menurut kenyataan dari pejabat presiden, perbualan yang diminta oleh pihak AS itu turut membincangkan hubungan dua hala, dengan Erdogan menekankan kepentingan mengambil langkah untuk memperkukuh kerjasama terutama dalam industri pertahanan.

Dalam perbualan tersebut, situasi di Gaza turut menjadi topik utama. Erdogan memaklumkan kepada Trump Turkiye berusaha keras untuk mencapai keamanan serantau dan menyambut baik inisiatif-inisiatif yang bertujuan ke arah matlamat tersebut.

“Erdogan menekankan Turkiye meningkatkan hubungan diplomatik untuk keamanan, akan terus menyokong visi Trump untuk keamanan global, dan pengehentian serangan Israel adalah penting untuk kejayaan inisiatif damai di rantau ini,” kata kenyataan tersebut.

Turkiye yang menggelar serangan Israel di Gaza sebagai genosid dan menghentikan semua perdagangan dengan Israel, turut menyuarakan sokongan terhadap pelan terbaharu Trump untuk mengakhiri peperangan di Gaza.

Usaha kedua-dua negara ini menunjukkan kesungguhan dalam mencari penyelesaian diplomatik di tengah-tengah konflik yang masih membara di Timur Tengah, dengan Turkiye memainkan peranan penting sebagai penghubung di antara pelbagai pihak dalam misi keamanan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN