ANKARA: Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan dalam satu perbualan telefon bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat menegaskan Turkiye menyokong usaha mencapai keamanan di rantau tersebut, tetapi menegaskan Israel mesti menghentikan serangannya agar usaha itu berjaya. Menurut kenyataan dari pejabat presiden, perbualan yang diminta oleh pihak AS itu turut membincangkan hubungan dua hala, dengan Erdogan menekankan kepentingan mengambil langkah untuk memperkukuh kerjasama terutama dalam industri pertahanan. Dalam perbualan tersebut,…