Israel, AS setuju pelan damai Gaza tapi masih bercanggah

Israel, AS setuju pelan damai Gaza tapi masih bercanggah

BENJAMIN Netanyahu bercakap dalam sidang akhbar sambil diperhatikan Donald Trump di Rumah Putih, Washington. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memuji pelan 20 perkara yang dibentangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bagi menamatkan peperangan di Gaza.

Menerusi rakaman video, Netanyahu berkata, beliau berdiri seiring dengan Trump untuk memberi sokongan penuh terhadap cadangan damai yang diumumkan di Rumah Putih pada hari yang sama.

“Ini satu lawatan bersejarah. Jika sebelum ini Hamas cuba mengasingkan kita, kini kita berjaya membalikkan keadaan dan mengasingkan Hamas,” katanya.

Netanyahu turut mendakwa seluruh dunia, termasuk negara Arab dan Islam kini memberi tekanan kepada Hamas supaya menerima syarat-syarat yang digariskan bersama oleh Israel dan AS.

“Misi kita ialah untuk mengembalikan semua tebusan sama ada yang masih hidup dan yang sudah gugur sambil Tentera Pertahanan Israel) kekal berada di Gaza,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan ter­­sebut menyimpang daripada kandungan asal pelan Trump yang diterbitkan Rumah Putih secara dalam talian.

Pelan itu merangkumi rancangan pengunduran berperingkat IDF dan penyerahan kawalan keselamatan kepada pasukan antarabangsa, bukannya kekal secara kekal di Gaza seperti yang dinyatakan Netanyahu.

Netanyahu turut terkejut terhadap pelan Trump yang menurutnya berjaya mengubah naratif, dengan selama ini Israel sering ditekan supaya menerima tuntutan Hamas dan membenarkan kumpulan itu kekal di Gaza.

Dalam video itu, kedengaran individu di belakang kamera bertanya sama ada Netanyahu bersetuju dengan penubuhan negara Palestin.

“Sudah tentu tidak. Perkara itu tidak tertulis dalam perjanjian,” katanya.

Beliau berkata, Israel menentang sekeras-kerasnya penubuhan negara Palestin sambil mendakwa Trump turut bersetuju langkah itu akan menjadi ganjaran besar kepada keganasan.

Kenyataan itu juga bercanggah dengan Perkara ke-19 dalam pelan Trump yang menyebut selepas Gaza dibangunkan semula dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) melaksanakan reformasi yang diperlukan, maka syarat-syarat untuk penentuan nasib sendiri dan pembentukan negara Palestin yang sah mungkin akan dipenuhi.

Pemerhati antarabangsa menyifatkan kenyataan Netanyahu sebagai cubaan memutar belit fakta dalam bagi mengekalkan sokongan domestik, terutama dalam kalangan sayap kanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN