GAZA: Buat pertama kali dalam tempoh berbulan-bulan konflik berdarah di Gaza, kumpulan pejuang Palestin, Hamas mengumumkan kesediaan untuk segera menyertai rundingan bagi membebaskan semua tebusan Israel, berdasarkan pelan damai yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Perkembangan ini sebagai satu detik penting yang berpotensi membuka jalan ke arah gencatan senjata selepas pelbagai usaha sebelum ini menemui jalan buntu. Walau bagaimanapun, Hamas menegaskan mereka tidak menerima pelan Trump secara bulat-bulat.…