ROM: Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni mendedahkan beliau serta dua menterinya dilaporkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi tuduhan bersekongkol dalam jenayah genosid oleh tentera Israel di Gaza. Dalam wawancara bersama penyiar nasional RAI pada Selasa, Meloni berkata, antara yang turut dinamakan ialah Menteri Pertahanan, Guido Crosetto dan Menteri Luar, Antonio Tajani, serta kemungkinan juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pertahanan Leonardo, Roberto Cingolani. “Saya rasa tidak ada kes lain seperti…