LONDON: Eropah kini berdepan kehilangan kawasan hijau yang menjadi habitat hidupan liar, penyerap karbon dan sumber makanan pada keluasan kira-kira 600 padang bola sepak setiap hari, menurut siasatan yang dijalankan oleh The Guardian bersama rakan media lain. Analisis imej satelit di seluruh United Kingdom (UK) dan tanah besar Eropah dalam tempoh lima tahun mendedahkan betapa pantas tanah hijau bertukar menjadi kawasan berturap untuk jalan raya, bangunan perumahan, serta padang golf…