Dilwale Dulhania Le Jayenge filem paling lama ditayangkan di India

Dilwale Dulhania Le Jayenge filem paling lama ditayangkan di India

BABAK Kajol mengejar Shah Rukh Khan yang menaiki kereta api paling diminati para penonton. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Sebuah pawagam le­genda di Mumbai meraikan ulang tahun ke-30 tayangan filem cinta Bollywood paling ikonik, Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ), yang kini memegang rekod sebagai filem paling lama ditayangkan dalam sejarah India.

Pada Isnin, Pawagam Maratha Mandir menandakan tiga dekad tayangan harian filem tersebut sekaligus muncul sebagai sebuah pencapaian luar biasa bagi industri perfileman Bollywood.

Filem ini bukan sahaja melonjakkan nama Shah Rukh Khan dan Kajol ke puncak kemasyhuran, malah mengubah definisi cinta moden dalam sinema Hindi sejak ditayangkan pada 20 Oktober 1995 dan masih menarik ratusan penonton setiap pagi dengan kisah romantik dua anak muda yang menentang tradisi demi cinta sejati.

“Saya sudah menontonnya kira-kira 30 kali dan saya akan terus menontonnya,” kata Mohammad Shakir, 60 tahun ketika membeli tiket berharga 40 rupee (RM2.20).

Menurut Manoj Desai, pengurus pawagam yang terletak berhampiran Stesen Pusat Bombay itu, penonton pada hari bekerja biasanya terdiri daripada pelajar universiti dan pasangan muda.

“Pada hari Ahad, masih ada sekitar 500 orang datang menonton walaupun selepas 30 tahun,” ujarnya.

Filem yang jauh mengatasi rekod tayangan lima tahun filem aksi klasik Sholay (1975) ini menyorot pertembungan nilai antara generasi muda India di luar negara yang lebih liberal dan ibu bapa mereka yang berpegang pada tradisi konservatif.

Menurut Desai, babak kemuncak ketika heroin berlari mengejar kereta api untuk memeluk kekasihnya sering mengundang sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton walaupun mereka sudah menontonnya berkali-kali.

Ada juga peminat tegar yang menonton filem ini selama 20 tahun berturut-turut, malah ada pasangan yang menjadikan DDLJ sebahagian daripada kisah cinta mereka sendiri.

“Mereka menontonnya semasa bercinta, kemudian menjemput saya ke majlis perkahwinan mereka. Selepas berbulan madu di luar negara, mereka pulang dan terus datang semula menonton filem ini,” kata Desai.

Pada 2015, pawagam itu pernah bercadang menghentikan tayangan harian DDLJ, namun keputusan tersebut dibatalkan selepas menerima bantahan besar-besaran daripada peminat, lapor akhbar Hindustan Times.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN