DHAKA: Pasukan pertahanan Bangladesh mengerahkan kapal perang dan pesawat rondaan sebagai sebahagian daripada operasi khas bagi melindungi ikan hilsa yang berharga daripada aktiviti penangkapan haram semasa musim bertelur. Ikan hilsa, yang menyerupai ikan hering dan merupakan ikan kebangsaan Bangladesh serta sajian kegemaran di Bengal Barat, India akan berenang semula dari Teluk Benggala ke sungai-sungai setiap tahun untuk bertelur. Pihak berkuasa Bangladesh pada Sabtu memaklumkan larangan menangkap ikan selama tiga minggu…