WASHINGTON: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent mengumumkan negara ini mengenakan sekatan terhadap dua syarikat minyak terbesar Russia yang membiayai operasi perang Kremlin.
Menurutnya, ini adalah satu daripada sekatan terbesar yang pernah dikenakan terhadap Russia.
Bessent berkata Presiden Vladimir Putin tidak menunjukkan sikap jujur dan terus terang dalam rundingan, menyebabkan rundingan terhenti dan rakan sejawatnya, Donald Trump dilaporkan ‘amat kecewa’ dengan perkembangan itu.
Trump minggu ini membatalkan rancangan untuk mengadakan rundingan dengan Putin di Budapest, dengan alasan tidak mahu pertemuan itu menjadi sia-sia.
Kremlin pula masih membuka pintu untuk mengadakan sidang kemuncak, dengan jurucakap Dmitry Peskov menegaskan tiada pihak yang mahu membuang masa dalam rundingan.
Sebagai sebahagian daripada tindakan terbaru EU, blok 27 negara ini mempercepatkan larangan import gas asli cecair (LNG) dari Rusia ke awal tahun 2027.
EU juga meletakkan lebih 100 kapal tangki lama dalam senarai hitam serta mengenakan kawalan terhadap diplomat Russia yang disyaki melakukan pengintipan.
Pakej sekatan ini dijangka akan diterima secara rasmi esok sebelum Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menghadiri sidang kemuncak bersama pemimpin EU di Brussels.
Zelensky juga menandatangani surat hasrat dengan Sweden untuk mendapatkan 150 jet pejuang Gripen bagi memperkukuh pertahanan Ukraine.