WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengesahkan melancarkan satu lagi serangan terhadap sebuah kapal kecil di perairan Venezuela, dalam tindakan yang disifatkan sebagai ‘konflik bersenjata’ menentang kartel dadah. Serangan yang diarahkan oleh Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth itu dilaporkan membunuh empat lelaki, yang didakwa ‘pengganas dadah’ Dalam satu kenyataan media sosial, Hegseth mendakwa kapal berkenaan membawa sejumlah besar dadah dan menyatakan tindakan ketenteraan itu adalah perlu untuk membanteras penyeludupan narkotik. Presiden Donald Trump…