Veto AS gagalkan resolusi UNSC, bantu lindung jenayah Israel

Veto AS gagalkan resolusi UNSC, bantu lindung jenayah Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) sekali lagi menggunakan kuasa veto bagi menggagalkan resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang menuntut gencatan senjata segera di Gaza, sekali gus terus melindungi sekutunya, Israel daripada tekanan diplomatik antarabangsa.

Dalam undian semalam, 14 anggota lain Majlis Keselamatan sebulat suara menyokong resolusi berkenaan yang digerakkan sejak Ogos lalu susulan pengisytiharan rasmi PBB mengenai kebuluran di Gaza setelah hampir dua tahun perang Israel menentang Hamas.

Teks resolusi itu menuntut gencatan senjata segera, tanpa syarat dan berkekalan di Gaza yang dipatuhi semua pihak serta pembebasan segera dan tanpa syarat tebusan.

Bagaimanapun, Washington sebelum ini sudah beberapa kali menolak pendekatan tersebut, termasuk pada Jun lalu apabila menggunakan veto demi mempertahankan Israel.

“Resolusi ini perlu memberi mesej jelas bahawa Majlis Keselamatan tidak berpaling daripada rakyat awam yang kelaparan, daripada tebusan, dan daripada tuntutan gencatan senjata. Generasi akan hilang, bukan sahaja kerana perang, malah akibat kebuluran dan keputusasaan,” ujar duta Denmark ke PBB, Christina Lassen sebelum undian.

“Dalam masa sama, Israel terus meluaskan operasi ketenteraan di Gaza City, sekali gus menambah penderitaan orang awam,” ujarnya.

Duta Pakistan, Asim Ahmad pula menyifatkan tindakan veto itu sebagai detik gelap dalam dewan ini.

“Dunia sedang menyaksikan. Jeritan anak-anak sepatutnya menusuk hati kita,” katanya.

Veto tersebut menambah kekecewaan 14 anggota lain Majlis Keselamatan yang semakin lantang meluahkan rasa tidak puas hati kerana gagal memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan penderitaan penduduk Gaza.

Buat pertama kali pada 16 September lalu, Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa yang ditubuhkan PBB mengeluarkan analisis bebas menuduh Israel melakukan genosid sejak Oktober 2023 dengan niat untuk memusnahkan rakyat Palestin.

Isu berkenaan dijangka menjadi tumpuan utama Sidang Kemuncak Tahunan PBB minggu depan di New York. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN