NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) sekali lagi menggunakan kuasa veto bagi menggagalkan resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang menuntut gencatan senjata segera di Gaza, sekali gus terus melindungi sekutunya, Israel daripada tekanan diplomatik antarabangsa. Dalam undian semalam, 14 anggota lain Majlis Keselamatan sebulat suara menyokong resolusi berkenaan yang digerakkan sejak Ogos lalu susulan pengisytiharan rasmi PBB mengenai kebuluran di Gaza setelah hampir dua tahun perang Israel menentang Hamas. Teks resolusi…